Zouma rehat enam bulan

Zouma rehat enam bulan

LONDON, 9 Feb – Pertahanan Chelsea dari Perancis, Kurt Zouma akan menjalani pembedahan lutut dan akan tersisih selama enam bulan dan terlepas saingan Euro 2016. Zouma mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) ketika The Blues terikat 1-1 dengan Manchester United di Stamford Bridge, semalam.

Pemain 21 tahun itu dilihat gagal ‘mendarat’ dengan sempurna sehingga terpaksa diusung keluar semasa menentang Red Devils.

Malang ini pasti tamparan hebat buat Zouma terutamanya selepas memastikan dirinya dalam barisan utama Chelsea musim ini serta memusnahkan harapan beraksi di Euro yang bakal dilangsungkan di negara sendiri.

“Kurt akan menjalani pembedahan dalam tempoh 48 jam dan dijangka akan tersisih lebih kurang enam bulan,” menurut satu kenyataan rasmi Chelsea.

Namun Zouma kekal optimis dan mahu kembali daripada kecederaan dengan lebih baik berbanding sebelumnya.

Zouma meraung menahan sakit semasa menentang Manchester United di Stamford Bridge kelmarin. – Reuters
Zouma meraung menahan sakit semasa menentang Manchester United di Stamford Bridge kelmarin. – Reuters

“Imbasan menunjukkan saya mengalami kecederaan ACL. Saya akan menjalani pembedahan dan akan kembali lebih kuat.

“Terima kasih atas semua mesej yang disampaikan,” kata Zouma menerusi laman sosial miliknya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA