Zuckerberg individu ke-6 terkaya di dunia

Zuckerberg individu ke-6 terkaya di dunia

NEW YORK, 29 Jan – Empayar Facebook, Mark Zuckerberg (Gambar Bawah) terus berkembang dan beliau baru saja mengatasi kekayaan adik beradik Koch.

Menurut Bloomberg, ketua eksekutif rangkaian media sosial berusia 31 tahun itu kini memiliki kekayaan berjumlah AS$47 bilion, menjadikannya individu keenam paling kaya di dunia.

Rabu lalu, Facebook mengeluarkan laporan pendapatan suku keempat tahun 2015 yang menyebabkan harga saham melonjak lebih 13 peratus dalam dagangan awal pagi semalam.

Kekayaan Zuckerberg kebanyakannya adalah saham Facebook dan lonjakan harga itu meningkatkan kekayaannya kepada AS$1.2 bilion untuk tahun ini.

Kekayaan Charles dan David Koch yang diatasi Zuckerberg, merosot berikutan kejatuhan harga minyak.

pg19_160130_a

Bill Gates kekal sebagai individu terkaya dunia dengan kekayaan berjumlah AS$78 bilion. Senarai itu diikuti Amancio Ortega AS$70 bilion, Warren Buffet AS$ 59 bilion, Jeff Bezos AS$52 bilion dan Carlos Slim AS$48 bilion. – AFP