Zuckerberg kumpul AS$3 b bagi penghapusan penyakit

Zuckerberg kumpul AS$3 b bagi penghapusan penyakit

SAN FRANCISCO, 22 Sept – Mark Zuckerberg dan isterinya semalam menjanjikan AS$3 bilion dalam tempoh satu dekad akan datang untuk membantu menghapus atau mengendali kesemua penyakit, mencurah kekayaan pengasas Facebook dalam penyelidikan inovatif.

“Ia adalah satu matlamat yang besar,” kata Zuckerberg pada satu acara di San Francisco yang mengumumkan usaha Inisiatif Chan Zuckerberg yang ditubuhkan oleh pasangan suami isteri itu. “Namun kami menghabiskan beberapa tahun lalu bercakap dengan pakar yang fikir ia dapat dilakukan, maka kami pun memulakan inisiatif berkenaan.”

Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, mempunyai anak perempuan Max pada tahun lalu. Sejurus selepas itu, mereka berjanji akan menderma 99 peratus daripada pegangan Facebook atau kira-kira AS$45 bilion untuk “memajukan potensi manusia dan mempromosi kesamaan.”

Pada acara semalam, Zuckerberg berkata matlamat mereka adalah untuk menyembuh semua penyakit, atau sekurang-kurangnya mengubah penyakit serius daripada penyakit yang boleh membawa maut kepada yang dapat diuruskan atau dicegah dalam tempoh hayat anak perempuan mereka.

Sementara usaha pembiayaan adalah untuk dekad akan datang, Zuckerberg dan isterinya berkata mereka berharap dapat mencapai matlamat mereka pada akhir abad ini. Chan berkata menyembuh semua penyakit sepanjang hayat Max tidak akan bermakna kanak-kanak tidak akan jatuh sakit, tetapi ia akan berlaku dengan kurang kerap dan kurang teruk.

Mark Zuckerberg menyampaikan ucapan bersama isterinya, Priscilla Chan di San Francisco, Selasa lalu. – AP
Mark Zuckerberg menyampaikan ucapan bersama isterinya, Priscilla Chan di San Francisco, Selasa lalu. – AP

Pelaburan pertama yang dibuat sebagai sebahagian daripada apa yang diharapkan oleh Zuckerberg akan menjadi usaha “kolektif” adalah AS$600 juta untuk penubuhan sebuah pusatBio di San Francisco di mana penyelidik, ahli sains dan yang lainnya akan berusaha untuk membina alat untuk mengkaji dan memahami penyakit dengan lebih baik.

“Sepanjang sejarah sains, kebanyakan kemajuan telahpun didahalui oleh ciptaan teknologi baru yang membenarkan anda melihat sesuatu dalam cara baru,” kata Zuckerberg, menyebut mikroskop dan urutan DNA sebagai contoh.

PusatBio itu akan mengumpul bersama jurutera dan ahli sains daripada tiga universiti berprestij di California untuk membantu dalam usaha berkenaan. “Kami merancang melabur berbilion dolar dalam tempoh beberapa dekad akan datang,” kata Zuckerberg. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA