Zuckerberg simpati atas krisis Apple dengan FBI

Zuckerberg simpati atas krisis Apple dengan FBI

BARCELONA, 23 Feb (AFP) – Pemilik Facebook Mark Zuckerberg semalam berkata dia ‘bersimpati’ dengan ketua eksekutif Apple Tim Cook dalam pertikaiannya dengan kerajaan AS berhubung mencerobohi telefon bimbit iPhone milik penembak beramai-ramai.

“Saya berpendapat bahawa memerlukan jalan belakang kepada pengekodan sama ada akan menjadi perkara berkesan untuk menambah keselamatan atau benar-benar perkara yang betul untuk dilakukan. Kami begitu simpati dengan Tim dan Apple,” ketua eksekutif Facebook memberitahu para delegasi di kongres bergerak terbesar di dunia di Barcelona.

“Pada waktu yang sama kami merasakan kami mempunyai tanggung jawab yang benar-benar besar mengendali masyarakat rangkaian besar untuk membantu mencegah keganasan dan pelbagai jenis serangan.

“Jika kita mempunyai tanggung jawab untuk pada dasarnya bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan tidak ada serangan pengganas, jelas kami akan mengambil keputusan itu,” tambahnya ketika berucap di Kongres Bergerak Dunia.

Kontroversi muncul awal bulan ini, apabila Apple enggan membantu FBI mencerobohi iPhone milik Syed Farook, yang bersama isterinya telah melancarkan amukan penembakan yang telah membawa maut, dengan membunuh 14 orang di San Bernardino, California pada bulan Disember.

Apple mendakwa kerjasama dengan penyiasatan akan menjejaskan privasi dan keselamatan bagi perantinya, manakala kerajaan AS mengatakan itu adalah permintaan sekali yang akan membantu penyiasatan penting.

Sehingga kini, Zuckerberg yang bersusah payah membentuk ciri-ciri privasi pada laman rangkaian sosial beberapa tahun kebelakangan tidak bercakap secara terbuka tentang perbalahan kecil itu meskipun minggu lalu, Facebook telah mengeluarkan kenyataan dalam menyokong Apple.

Dalam kenyataan itu, ia berjanji akan terus ‘berjuang dengan agresif terhadap keperluan bagi syarikat-syarkat untuk melemahkan keselamatan sistem mereka,” dengan mengatakan permintaan seumpama itu ‘akan mewujudkan duluan suram.”

Apple telah berikrar akan melawan perintah hakim bahawa ia seharusnya membentuk sistem pengendalian yang akan membolehkan FBI untuk mencerobohi iPhone.

ARTIKEL YANG SAMA