Zukanovic selamatkan Sampdoria

Zukanovic selamatkan Sampdoria

ROM, 15 Dis (AFP) – Pemain Bosnia, Ervin Zukanovic mencuri satu mata buat Sampdoria menerusi sepakan terakhir perlawanan ketika seri 1-1 di Lazio dalam saingan Liga Itali, awal pagi tadi.

Sebelum itu, jaringan pemain gantian Alessandro Matri tampak akan mencipta kemenangan buat Lazio, dengan Sampdoria kini melalui tujuh perlawanan tanpa kemenangan.

Matri yang dipinjamkan ke kelab berkenaan meledak 12 minit sebelum tamat permainan dengan menanduk masuk sepakan penjuru Stefan Radu selepas gerakan cantik Felipe Anderson di bahagian pertahanan.

Namun bola yang terbias selepas sepakan percuma Felipe Anderson berjaya disudahkan oleh Zukanovic pada minit terakhir masa tambahan untuk menyamakan kedudukan.

Lazio yang berdepan kritikan penyokong kerana persembahan buruk mereka, kini naik satu tangga ke kedudukan ke-12 dengan satu mata, manakala Sampdoria ke-16.

Jaringan Matri hadir hanya 12 minit selepas pemain pinjaman AC Milan itu masuk ke padang menggantikan pemain Jerman, Miroslav Klose.

ARTIKEL YANG SAMA