Zuma adakan lawatan ke Nigeria

Zuma adakan lawatan ke Nigeria

ABUJA, 8 Mac (AFP) – Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma memulakan lawatan dua hari ke Nigeria hari ini, yang dilihat oleh pemerhati sebagai satu percubaan untuk memperbaiki keadaan di antara kuasa ekonomi terbesar benua.

Acara utama pada lawatan termasuk satu ucapan kepada Perhimpunan Nasional di ibu negara Abuka, dan satu mesyuarat dengan Forum Perniagaan Afrika Selatan-Nigeria, umum pejabat Zuma.

Pretoria telah menggunakan peluang positif lawatan berkenaan, bercakap mengenai ‘hubungan politik, ekonomi dan sosial yang baik’ serta peluang perniagaan baru.

Namun kedua-dua presiden tidak menyebut mengenai ketegangan di antara kedua-dua negara, termasuk denda yang dikenakan oleh Nigeria ke atas syarikat telekom Afrika Selatan MTN baru-baru ini.

Operasi MTN di Nigeria dikenakan penalti berjumlah AS$3.9 bilion pada Oktober tahun lalu kerana gagal memutuskan 5.1 juta kad SIM yang tidak berdaftar.

Jacob Zuma (kiri) dan Presiden Nigeria Muhammadu Buhari menyampaikan ucapan semasa sidang akhbar selepas pertemuan mereka di vila presiden di Abuja pada 8 Mac. – AFP
Jacob Zuma (kiri) dan Presiden Nigeria Muhammadu Buhari menyampaikan ucapan semasa sidang akhbar selepas pertemuan mereka di vila presiden di Abuja pada 8 Mac. – AFP

Syarikat itu, yang berusaha berunding satu penyelesaian, setakat ini telah membayar AS$20 juta tetapi pendapatan utamanya untuk tahun lalu telah terjejas akibatnya.

Firma Afrika Selatan lain di Nigeria dilaporkan telah mengadu menjadi sasaran. Juga timbulnya kritikan mengenai respons Nigeria terhadap keruntuhan bangunan di Lagos pada 2014.

Seramai 81 daripada 116 mangsa adalah warga Afrika Selatan. Pretoria berkata mayat mereka tidak dihantar balik dengan serta-merta.

Di pihak Nigeria, terdapat aduan mengenai sekatan visa Afrika Selatan sementara pada April tahun lalu, pasangan tersebut terbabit dalam perbalahan mengenai pemanggilan pulang dua diplomat tertinggi Nigeria.

Kepulangan pesuruhjaya tinggi ke Pretoria dan ketua konsul di Johannesburg berlaku ekoran serangan anti-penghijrah yang dikatakan oleh Nigeria sebagai “amat membimbangkan.”

Zuma akan ditemani ke Nigeria oleh menteri-menteri perdagangan dan industri, hubungan antarabangsa, pertahanan, hal ehwal dalam negeri dan sumber galian, serta ketua industri.

ARTIKEL YANG SAMA