Zuma berdepan cubaan pendakwaan di parlimen

Zuma berdepan cubaan pendakwaan di parlimen

CAPE TOWN, 5 April (AFP) – Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma berdepan cubaan pendakwaan di parlimen hari ini selepas mahkamah tinggi negara itu memerintahkan bahawa beliau telah mencabuli perlembagaan berhubung perbelanjaan ke atas kediaman persendirian beliau.

Zuma akan hampir pasti terselamat dari pengundian pendakwaan, yang memerlukan majoriti dua pertiga, ketika parti memerintah beliau, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) memegang bilangan kerusi yang banyak.

Di sebalik suara-suara tidak puas hati dalam parti berhubung siri-siri skandal yang melibatkan presiden, tidak ada kemungkinan langkah memberontak dikalangan ahli undangan ANC, terutamanya ia bukanlah undi rahsia.

Mahkamah Rayuan Tertinggi Khamis lalu memerintahkan bahawa Zuma telah melanggar perlembagaan dengan gagal membayar semula beberapa jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk ‘peningkatan keselamatan’ di rumahnya di kawasan luar bandar, di Nkandla di wilayah timur KwaZulu-Natal.

Projek itu, yang menelan kos pembayar cukai AS$24 juta, termasuklah kolam renang, reban ayam, kurungan lembu dan amfiteater. Laporan 2014 oleh Pelindung Awam yang dilantik oleh kerajaan, Thuli Madonsela, mendapati bahawa Zuma dan keluarganya telah ‘terlalu meraih faedah’ dari peningkatan itu dan mengarahkannya membayar balik sejumlah wang.

Zuma memohon maaf dalam ucapan yang disiarkan di televisyen kebangsaan pada Jumaat lalu di atas ‘kekecewaan dan kekeliruan’ akibat dari perkara ini, tetapi menjelaskan beliau tidak berniat untuk memberi respons kepada desakan supaya meletak jawatan. Bagaimanapun beliau berkata beliau akan membayar balik sejumlah wang yang diperintahkan itu.

Usul pendakwaan dibuat oleh parti pembangkang utama, Parti Gabungan Demokrasi yang membuat perbandingan antara Zuma dan bekas pemimpin ikonik ANC yang juga presiden, iaitu Nelson Mandela.

ARTIKEL YANG SAMA