Zuma berjaya jalani pembedahan batu karang

Zuma berjaya jalani pembedahan batu karang

JOHANNESBURG, 19 Julai – Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma dibenarkan keluar dari hospital hari ini, selepas menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu karang, menurut pejabatnya, menambah dia akan meneruskan kerjanya semasa proses pemulihannya.

Zuma, 73, pergi ke hospital bagi menjalani prosedur yang dijadualkan kelmarin selepas batu karangnya ditemui ketika pemeriksaan rutin dua bulan lalu.

“Presiden Jacob Zuma telah dibenarkan keluar dari hospital tempat beliau menjalani prosedur yang berjaya mengeluarkan batu karangnya malam semalam,” menurut

“Para doktor merasa senang dengan hasil pembedahan itu. Presiden akan menghabiskan masa beberapa hari untuk berehat di rumah.

Dia juga akan bekerja dari rumah semasa tempoh tersebut.”

Zuma pada umumnya dalam keadaan yang sihat namun dimasukkan ke hospital tahun lepas disebabkan keletihan selepas pilihan raya dimenangi oleh Kongres Nasional Afrika yang diketuainya. – AFP