Zuma di Saudi perluas hubungan ekonomi

Zuma di Saudi perluas hubungan ekonomi

RIYADH, 27 Mac (AFP) – Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma menyeru bagi memperkukuhkan hubungan ekonomi negaranya dengan Arab Saudi, semasa satu lawatan ke kerajaan itu hari ini.

“Walaupun hubungan politik kami dengan Arab Saudi begitu kukuh, hubungan perdagangan dan ekonomi kami perlu dikaji semula dan dipergiatkan lagi,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Zuma memetik pertanian, perlombongan, infrastruktur, kewangan, pertahanan dan penerokaan gas dan tenaga alternatif sebagai sektor-sektor di mana kerjasama harus diperkembangkan.

Ekonomi Afrika Selatan telah dilanda oleh pertumbuhan perlahan dan mata wang lemah, yang telah diburukkan lagi oleh kemarau yang mengakibatkan harga makanan tinggi.

Zuma telah diselubungi siri-siri skandal rasuah, yang terbaru melibatkan pertuduhan keluarga kaya India yang dipengaruhi oleh pelantikan menterinya.

ARTIKEL YANG SAMA