Zuma terselamat dari undi tidak yakin

Zuma terselamat dari undi tidak yakin

CAPE TOWN, 11 Nov – Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma yang diselubungi skandal terselamat dengan mudah dari undi tidak yakin dalam parlimen semalam ketika para anggota undangan parti memerintah, ANC tidak mengendahkan gesaan dari parti-parti pembangkang supaya mengundi menyingkirkan beliau dari jawatannya.

Zuma, yang semakin berdepan kritikan dari dalam partinya sendiri, menerima tekanan yang semakin meningkat minggu lalu selepas penyiasatan rasuah membangkitkan dakwaan baru salah laku. Namun majoriti parlimen ANC memberikan isyarat sokongan apabila 214 ahli undangan mengundi membantah usulan itu dan 126 mengundi memihak usulan itu. Kejayaan Zuma itu memang dijangkakan, meskipun Mmusi Malmane, ketua parti pembangkang Gabungan Demokrat(DA) merayu para anggota ANC supaya mengundi menentang pemimpin mereka.

“Untuk dengan jelas, kita boleh memilih Jacob Zuma atau kita boleh memilih Afrika Selatan,” Maimane memberitahu parlimen ketika perdebatan sengit. “Kebanyakan kamu bercakap tentang menentangnya beberapa minggu kebelakangan. Saya tahu ada anggota parlimen wanita dan lelaki ANC yang mahu melakukan yang betul.”

Namun Zuma, 74 tahun yang mula berkuasa pada tahun 2009, mengekalkan kesetiaan padu dikalangan ahli undangan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) dan kebanyakan anggota parti. Undi tidak yakin adalah yang ketiga di bawah tempoh setahun, dengan dua pertamanya juga tumpas dengan perbezaan besar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA