Zumba Polis dekati komuniti

Zumba Polis dekati komuniti

TUTONG, 16 Nov – Daerah Polis Tutong dalam usahanya untuk mendekati komuniti telah menganjurkan satu aktiviti senamrobik zumba yang disertai tenaga pengajar dan penuntut Sekolah Menengah Raja Isteri Pengiran Anak Saleha yang berlangsung di kawasan lapang padang bola sekolah tersebut, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan hari ini, aktiviti sihat yang disertai seramai 418 pelajar itu juga dihadiri sama oleh Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong, Penguasa Haji Chipli bin Haji Mohammad dan Pemangku Pengetua sekolah berkenaan, Hajah Roslani binti Haji Abdul Raffar.

Antara objektif acara ini bertujuan untuk berinteraksi bersama warga sekolah di samping mengeratkan hubungan silaturahim antara anggota polis dan orang awam terutamanya penduduk di Daerah Tutong.

pg06_151117_a

Selain itu, ia juga memberi peluang kepada tenaga pengajar dan para pelajar sekolah berkenaan untuk mencontohi gaya hidup sihat warga polis di tempat kerja sekali gus menjadi salah satu pengisian aktiviti akhir tahun sekolah tersebut sebelum menjelangnya cuti penggal akhir tahun persekolahan.

Selesai sahaja senamrobik zumba, aktiviti diteruskan dengan acara berjalan kaki sejauh tiga kilometer di sekitar kawasan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan Birau.

ARTIKEL YANG SAMA