Zumba promosi cara hidup sihat

Zumba promosi cara hidup sihat

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Bagi mempromosikan cara hidup sihat dan bersempena dengan musim cuti persekolahan, Jazz Beauty & Health Establishment mengadakan aktiviti Zumba secara percuma untuk orang ramai yang berlangsung di Pusat Belia, di sini, malam ini.

Kira-kira 40 orang telah hadir untuk mengikuti aktiviti Zumba selama 90 minit berkenaan dianjurkan oleh Dj Ashraff Pelangi.

Dalam temu bual bersama Dj Ashraff selaku pelanggan tetap di Jazz Beauty & Health Establishment, beliau menjelaskan acara seumpamanya adalah untuk mempromosikan aktiviti kesihatan.

“Bersempena dengan cuti persekolahan, aktiviti percuma ini adalah bagi mengalu-alukan orang ramai dari pelbagai peringkat umur untuk turut serta dan alhamdulillah penyertaannya sangat menggalakkan,” ujarnya.

Suasana bertenaga aktiviti Zumba yang berjalan dalam 90 minit tanpa henti.
Suasana bertenaga aktiviti Zumba yang berjalan dalam 90 minit tanpa henti.

Bersama 21 orang krew dari Jazz Beauty & Health Establishment, acara tersebut bukan sahaja mempromosikan cara hidup sihat malah mengajak orang ramai bergembira bersama-sama ketika melakukan Zumba.

Di akhir aktiviti itu, kumpulan Zumba Jazz Beauty & Health Establishment itu mengadakan kuiz terbuka untuk orang ramai dan memberikan mereka hadiah baucar seperti memasuki kelas Zumba percuma untuk sehari, tiga hari, seminggu atau sebulan.

ARTIKEL YANG SAMA