Zverev bersau...

Zverev bersaudara takluk Montpellier

MONTPELLIER, 13 Feb – Pemain remaja berbakat besar, Alexander Zverev menafikan impian juara bertahan, Richard Gasquet untuk merekodkan kejayaan hatrik di Kejohanan Tenis Terbuka Montpellier, apabila mencatat kemenangan 7-6 (7/4), 6-3.

Pemain Jerman itu berjaya merangkul gelaran keduanya dalam kejohanan ATP sepanjang kariernya selepas mengenepikan Gasquet, yang juga juara bertahan dua musim berturut-turut.

Gasquet, pemain pilihan ketiga dilihat mempunyai kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri, namun gagal mengatasi kehebatan pemain remaja berusia 19 tahun itu. “Saya gembira untuk memenangi kejuaraan pertama saya tahun ini,” kata Zverev.

Alexander (kiri) dan Mischa dari Jerman bergambar bersama piala kejuaraan selepas memenangi perlawanan akhir beregu Terbuka Montpellier. – AFP
Alexander (kiri) dan Mischa dari Jerman bergambar bersama piala kejuaraan selepas memenangi perlawanan akhir beregu Terbuka Montpellier. – AFP

“Setentunya ia adalah kejohanan yang sangat sukar, hanya satu ‘straight-sets’ di sepajang kejohanan, dan ia bukan sesuatu yang mudah. Saya fikir ia adalah satu perlawanan tahap tinggi dan saya gembira kerana berjaya menang.”

Lewat Ahad, Zverev bergandingan bersama abangnya, Mischa bagi me-rangkul kejuaraan beregu, menewaskan Fabrice Martin dan Daniel Nestor 6-4, 6-7 (3/7), 10-7.

“Ia menakjubkan untuk memenangi kejuaraan perseorangan dan beregu. Saya sangat gembira dengan cara kami bermain. Kami hanya tewas satu set dalam kejohanan ini. Saya fikir ia adalah satu kejohanan yang sangat berjaya bagi kami beradik Zverev,” tambah pemain remaja itu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA