Zverev kini s...

Zverev kini sasar Terbuka Rotterdam

ROTTERDAM, Belanda, 14 Feb – Bos Rotterdam World Tenis, Richard Krajicek berkata penyertaan bagi pemenang gelaran Montpellier, Alexander Zverev dan Grigor Dimitrov akan melembutkan kekurangan pemain terkenal selepas Rafael Nadal dan Stan Wawrinka menarik diri kerana kecederaan.

Pertandingan yang diadakan dalam dewan itu akan mempamerkan bekas pemenang Terbuka AS, Marin Cilis sebagai pilihan utama, dengan finalis tahun 2014 di stadium Ahoy memulakan kempennya menentang Benoit Paire dari Perancis hari ini.

Cilic yang berada di ranking ketujuh, menumpukan untuk menghindarkan nasib buruk yang menyerahkannya kekalahan pada pusingan kedua dalam tiga pertandingan lalunya di Chennai, Terbuka Australia dan Montpellier. Krajicek, pemenang Wimbledon pada 1996, berkata kehadiran pemain remaja dari Jerman, Zverev dan Dimitrov dari Bulgaria, yang mencatatkan 14-1 musim ini, adalah perubahan nasib bagi penontonnya.

Kedua pemain muda itu memenangi gelaran pada hujung minggu, dengan Zverev mencatatkan kemenangan di Montpellier ke atas Richard Gasquet, sementara itu Dimitrov menewaskan David Goffin dari Belgium di gelanggang sendiri di Sofia.

“Zverev di sini. Dimitrov berada di sini dan kedua mereka memenangi gelaran,” Krajicek memberitahu media setempat. “Terdapat banyak pemain yang bagus, ranking tinggi, di gelanggang kami. Kami semua mengandaikan Zverev (sekarang yang berada di 20 tangga terbaik) tidak lama lagi berada dalam kelompok 10 terbaik.”

Alexander Zverev dari Jerman dijangka meneruskan jelajahnya dalam Terbuka Rotterdam selepas memenangi Terbuka Montpellier baru-baru ini dengan menewaskan Richard Gasquet. – AP
Alexander Zverev dari Jerman dijangka meneruskan jelajahnya dalam Terbuka Rotterdam selepas memenangi Terbuka Montpellier baru-baru ini dengan menewaskan Richard Gasquet. – AP

Pilihan keempat dari Czech, Tomas Berdych adalah satu-satunya pemain pilihan yang beraksi bagi hari pembukaan semalam, dengan pemain nombor empat itu menghadapi pemain kelayakan dari Romania, Marius Copil.

Pada pusingan pertama, Pierre-Hugues Herbert dari Perancis adalah pemain pertama yang menempat tempat ke pusingan kedua, menewaskan pemain veteran Sepanyol, Feliciano Lopez 7-6 (7/5), 7-6 (7/5).

Pertandingan itu juga kehilangan pemain pilihan ketujuh dari Sepanyol, Roberto Bautista Agut, yang digantikan oleh Denis Istomin, pemain dari Uzbek yang menewaskan Novak Djokovic dari pusingan kedua Terbuka Australia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA