Zverez mara ke pusingan kedua Terbuka St. Petersburg

Zverez mara ke pusingan kedua Terbuka St. Petersburg

ST. PETERSBURG, Rusia, 20 Sept – Pemain pilihan kelima Alexander Zverev mara ke pusingan kedua dalam Terbuka St. Petersburg dengan kemenangan straight set ke atas pemain wildcard Rusia Karen Khachanov pada hari pembukaan permainan utama.

Pemain tenis Jerman berusia 19 tahun, ranking 27 dunia, perlu bekerja keras apabila berdepan pemain muda itu dengan kemenangan 7-6 (3), 6-4 dalam masa satu jam 25 minit.

Lawan Zverev seterusnya ialah seorang lagi pemain Rusia, sama ada Alexander Bublik atau Daniil Medvedev.

Terdapat beberapa kekecewaan apabila pemain No.62 dunia Adrian Mannarino dari Perancis tewas 7-6 (7), 3-6. 6-3 kepada Ricardas Berankis ranking ke-83, sementara No.63 dunia, Diego Schwartzman dari Argentina ditewaskan 6-4, 6-4 oleh pemain Czech Lukas Rosol.

Kejohanan gelanggang keras itu mempunyai hadiah wang tunai terkumpul AS$923,000. – AP

Alexander Zverev ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AFP
Alexander Zverev ketika beraksi dalam perlawanan tersebut. – AFP