1, 263 gagal hadir suntikan dos kedua vaksin di Labuan

LABUAN, 6 OGOS – Seramai 1,263 orang gagal hadir bagi suntikan dos kedua vaksin COVID-19, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr Ismuni Bohari.

Beliau berkata mereka telah memberikan pelbagai alasan atas ketidakhadiran walaupun telah diberi peringatan untuk hadir di pusat pemberian vaksin (PPV) terdekat dan penangguhan itu telah menyebabkan peningkatan kos dan pembaziran masa kepada petugas kesihatan.

“Masih terdapat ramai yang gagal hadir untuk janji temu dos kedua, dan kami amat bimbang tentang perkara ini, kerana kami mahu mempercepatkan pelaksanaan vaksinasi dos kedua,” katanya kepada Bernama hari ini. – Bernama