1.5 juta lagi kenderaan Toyota ditarik balik

DETROIT, 29 OKT – Toyota menambah lagi 1.5 juta kenderaan Amerika Syarikat (AS) untuk ditarik balik mulai awal tahun ini untuk membaiki pam minyak yang boleh rosak dan mengakibat enjin terhenti.

Syarikat berkata penarikan terbaharu itu membawa jumlah kepada 5.8 juta kenderaan Toyota dan jenama Lexus yang perlu dibaiki di seluruh dunia.

Penarikan balik itu menjejas lebih daripada 40 kenderaan di AS sejak model tahun 2013, merangkumi kebanyakan model Toyota dan Lexus.

Toyota berkata dalam satu kenyataan semalam bahawa pam minyak boleh berhenti beroperasi secara tiba-tiba, dan ia boleh menyebabkan kenderaan terhenti.

Pemandu tidak boleh menghidupkan semula enjin kenderaan. Jika keadaan tersebut berlaku pada kelajuan tinggi, risiko pelanggaran mungkin meningkat. Toyota enggan berkata sama ada masalah itu telah menyebabkan sebarang pelanggaran atau kecederaan.

Peniaga Toyota dan Lexus akan mengganti pam minyak secara percuma kepada pelanggan. – AP

Gambar fail menunjukkan orang ramai berjalan di depan logo Toyota di bilik pameran di Tokyo. Toyota menambah 1.5 juta kenderaan AS yang ditarik balik pada awal 2020 untuk membaiki pam minyak yang boleh rosak dan menyebabkan enjin terhenti. – AP