1.7 peratus diuji positif menerusi swab pandu lalu

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Daripada sebanyak 10,410 sampel swab yang diambil secara pandu lalu di BRIDEX, Jerudong bermula 21 Ogos hingga 10 September, 187 (1.8 peratus) orang telah diuji positif.

Sementara itu, pusat swab pandu lalu di Pusat Insani, Seria yang bermula 29 Ogos hingga 10 September, daripada 3,757 sampel yang diuji, seramai 53 orang atau 1.4 peratus telah diuji positif.

Kemas kini mengenai ujian swab secara pandu lalu berkenaan dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan, semalam.

Beliau menekankan bahawa sebaik sahaja ujian swab dijalankan, individu berkenaan mestilah terus pulang ke rumah dan tidak berjalan-jalan sementara menanti keputusan mereka.

Sebaik sahaja seseorang itu diuji positif, mereka akan dihubungi dan disoal bagi menentukan sama ada terdapat kaitan atau tidak dengan kes-kes lain.

Ia mengambil masa beberapa hari untuk mengaitkan kes berkenaan dengan kes-kes lain, tambah Yang Berhormat Dato.