Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    1 daripada 5 orang alami simptom Long COVID

    WASHINGTON, 23 JUN – Hampir satu daripada lima orang rakyat Amerika yang pernah dijangkiti COVID me-ngalami simptom berterusan yang dikenali sebagai Long COVID, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) kelmarin.

    Data Kajian Nadi Isi Rumah, kerjasama antara CDC, Biro Banci dan agensi persekutuan lain, mendapati lebih 40 peratus golongan dewasa di Amerika Syarikat telah dijangkiti COVID dan 19 peratus daripada mereka masih mengalami simptom penyakit tersebut lapor United Press International (UPI).

    Long COVID telah ditakrifkan sebagai simptom yang berlanjutan sehingga tiga bulan atau lebih selepas dijangkiti virus buat pertama kali dan tidak mengalami sebarang simptom ketika itu.

    Data menunjukkan secara keseluruhannya satu daripada 13 orang dewasa, atau 7.5 peratus, mengalami simptom Long COVID.

    Selain itu, 9.4 peratus wanita dikesan mengalami simptom Long COVID berbanding lelaki hanya sekitar 5.5 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...