1 juta pelajar NYC mula bersekolah

NEW YORK, 13 SEPT – Kira-kira satu juta pelajar sekolah awam New York City (NYC) kembali ke sekolah hari ini dalam eksperimen terbesar negara itu menjalani pembelajaran bersemuka semasa pandemik ini.

Permulaan sekolah tahun ini berbetulan dengan peristiwa penting dalam pemulihan pandemik bandar itu yang bergantung pada mandat vaksin.

Hampir semua 300,000 pekerja di bandar itu akan dikehendaki untuk hadir semula ke pejabat hari ini ketika bandar itu menamatkan kerja di rumah.

Kebanyakannya sama ada perlu divaksin atau menjalani ujian mingguan COVID-19 akan diarahkan hadir bekerja. – AP