1 juta warga Eropah terima sijil COVID-19 EU

STRASBOURG, 8 JUN – Lebih daripada sejuta penduduk Eropah menerima sijil kesihatan COVID-19 EU yang baharu diagihkan untuk membenarkan perjalanan dalam lingkungan blok, menurut suruhanjaya Eropah hari ini.

Suruhanjaya Keadilan EU, Didier Reynders mengumumkan angka tersebut kepada Parlimen Eropah menjelang undian untuk membentangkan dokumen undang-undang bagi musim pelancongan di benua tersebut.

Mereka menjangkakan ia akan diluluskan oleh sebahagian besar anggota selepas perjanjian antara ahli Parlimen Eropah dan 27 buah negara anggota EU mengenai butiran, dengan keputusan undian akan diketahui awal pagi esok.

Sijil – yang menunjukkan imuniti COVID-19 sama ada melalui vaksinasi atau pernah dijangkiti sebelumnya, atau menunjukkan keputusan negatif – akan digunakan bagi perjalanan di antara negara-negara EU mulai 1 Julai, tanpa perlu menjalani kuarantin atau membuat ujian susulan bagi pengembara.

Tetapi suruhanjaya mahu lebih banyak negara-negara EU untuk memulakannya lebih awal.

“Lebih banyak sijil yang kami boleh keluarkan, lebih mudah proses bagi musim panas – jika tidak, kami akan membawa risiko besar pada awal Julai, yang mana kami tidak mampu terlepas,” kata Reynders.

Setakat hari ini, sembilan negara EU sudah mengeluarkan dokumen – termasuk negara destinasi pelancongan Greece, Sepanyol dan Croatia, serta negara sumber utama pelancongan blok iaitu Jerman.

Bulgaria, Republik Czech, Denmark, Lithuania dan Poland antara negara lain yang sudah mengeluarkan dokumen. – AFP

Didier Reynders semasa menyampaikan ucapan di Parlimen Eropah di Strasbourg. – AFP