BEIJING, 1 NOV – Disneyland Shanghai ditutup hari ini susulan satu kes baharu COVID-19, ketika China meneruskan strategi sifar jangkitan menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk.
China berjaya mengurangkan kebanyakan kes domestik, namun berlaku peningkatan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, sekali gus menguji tekad Beijing mahu menghapuskan wabak COVID-19 ketika kebanyakan negara lain sudah mula membuka sempadan.
China melaporkan 92 kes baharu hari ini – tertinggi sejak pertengahan September. Penutupan taman tema dibuat selepas seorang wanita yang berkunjung ke situ disahkan positif selepas pulang ke rumah.
Ia mula menghalang pelawat baharu masuk semalam, dengan semua orang di taman itu perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum pulang. – AFP
