Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Satu kes COVID yang dicatatkan di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu.
Kes tersebut tidak dikategorikan sebagai kematian yang disebabkan oleh COVID, jelas Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku wakil menteri kesihatan semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.
“Di kesempatan ini, saya mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” ujar beliau sambil mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin.