Friday, April 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 kes import baharu dikesan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Negara Brunei Darussalam mencatatkan 1 kes import baharu jangkitan COVID-19 dan ia membawa jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini kepada 242 orang.

    Kes 242 ialah seorang lelaki berumur 39 tahun yang telah tiba di Brunei dari Jakarta pada 16 Mei dan beliau tidak mempunyai sebarang tanda-tanda jangkitan.

    Penyiasatan dan pengesanan kontak mengesahkan tidak ada kontak terdekat bagi kes baharu berkenaan memandangkan beliau telah dikuarantin sebaik saja tiba di negara ini dan keseluruhan pengendalian perjalanan semasa ketibaan dan pengasingan diri mereka telah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada.

    Manakala itu, tidak ada kes jangkitan COVID-19 yang dilaporkan sembuh dan ini, menjadikan jumlah kes sembuh kekal 231 orang dengan lapan kes aktif sedang dirawat serta tiga kematian.

    Kesemua kes aktif yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan berada dalam keadaan yang baik.

    Kes terakhir jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan pada 6 Mei 2020 iaitu 389 hari yang lalu dan jumlah kes import sejak kes jangkitan tempatan terakhir dilaporkan ialah 101 kes.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, di sini, hari ini, mengenai situasi terkini jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, setakat pukul 12 tengah hari, jumlah mereka yang sedang menjalani pengasingan diri mandatori ialah seramai 668 orang dan jumlah mereka yang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020 ialah seramai 19,048 orang.

    Sementara itu, dalam tempoh 24 jam yang lalu, sebanyak 354 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 128,769 ujian.

    Bagi orang ramai yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan terkini, mereka boleh melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan, www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi, BruHealth.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda