Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    1 kes positif meninggal dunia, jangkitan harian meningkat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Satu kes positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah kembali ke rahmatullah dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Kes tersebut dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19, dan telah melengkapkan dua dos vaksinasi, menurut Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, hari ini.

    Kementerian berkenaan memaklumkan bahawa dengan kes kematian baharu tersebut, jumlah keseluruhan kes kematian di negara ini yang disebabkan oleh COVID-19 sejak Mac 2020 adalah sebanyak 61 kes.

    Manakala itu, tiga kes yang disahkan positif COVID-19 pada masa ini berada dalam kategori 5, manakala empat kes berada dalam kategori 4.

    Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 2,988 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kepada 30,587 orang.

    Ia adalah hasil daripada pengesanan ujian swab RT-PCR dan ujian pantas antigen (ART) di mana sebanyak 1,711 kes telah didapati melalui ujian RT-PCR dan 1,277 lagi kes melalui ujian ART.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa sebanyak 4,210 jumlah ujian makmal telah dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Manakala itu, 228 kes pula telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 18,748 kes dengan 11,731 kes aktif.

    Menurut kenyataan lagi, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 10.6 peratus.

    Bagi pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin ialah 94.9 peratus dan 94.2 peratus telah menerima dua dos, manakala itu, 49.9 peratus telah menerima tiga dos. Sementara itu, hasil pemantauan daripada sekatan pergerakan Operasi Peralihan yang dijalankan dari 12 tengah malam hingga 4 pagi tadi tidak mendapati sebarang pelanggaran arahan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...