Thursday, January 23, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 lagi meninggal dunia

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Satu kes yang telah disahkan positif COVID-19 di Negara Brunei Darussalam telah meninggal dunia dalam masa 24 jam yang lalu.

    Kes tersebut tidak dikategorikan sebagai kematian disebabkan COVID-19, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato mewakili warga Kementerian Kesihatan dan keseluruhan rakyat Negara Brunei Darussalam mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga Allahyarham.

    “Semoga keluarga Allahyarham diberikan kesabaran dalam menghadapi pemergiannya dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama para solihin. Al-Fatihah,” ujar beliau.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda