1 maut, 13 cedera dalam kejadian tembakan rambang

HOUSTON, AMERIKA SYARIKAT, 13 DIS – Seorang maut manakala 13 yang lain cedera dalam kejadian tembakan rambang di sebuah majlis di Baytown, dekat Houston, Texas, pada Ahad, menurut pihak berkuasa.

Mangsa disahkan meninggal dunia di hospital dan tiga yang cedera dilaporkan kritikal, lapor Agensi Berita Xinhua, memetik akhbar Houston.

Syerif Harris County, Ed Gonzalez, berkata penyerang itu melepaskan tembakan sambil memandu kenderaan.

Seorang daripada mangsa yang cedera mungkin kanak-kanak, kata Gonzalez. – Bernama