1 maut, 14 cedera akibat letupan kuali

BERLIN, 9 SEPT – Polis berkata seorang wanita maut akibat kebakaran teruk yang dialaminya ketika letupan kuali leper yang turut mencederakan 14 yang lain di sebuah festival kampung di barat Jerman.

Lima yang lain dalam keadaan tenat – empat terbakar dan seorang mengalami serangan jantung semasa letupan di festival Freudenberg, lapor agensi berita Jerman hari ini.

Polis memberitahu agensi berita, ia kelihatannya minyak di dalam kuali leper besar itu menjadi punca letupan pada acara Beckesfest kelmarin yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang.

Letupan itu mungkin dicetuskan oleh rintik hujan yang jatuh ke dalam minyak panas namun para penyiasat berkata ia akan mengambil masa beberapa hari untuk sepenuhnya faham tentang apa yang berlaku.

Backesfest meraikan permulaan operasi tahunan kilang roti tertua tradisional di kampung itu. – AP