1 maut, 17 cedera letupan gas

TOKYO, 30 JULAI – Seorang maut manakala 17 lagi cedera dalam insiden letupan di sebuah restoran di bandar Koriyama wilayah Fukushima, timur laut Jepun pagi ini, lapor agensi berita Xinhua, memetik pegawai bomba.

Menurut penyiasat, letupan berlaku kira-kira 9 pagi waktu tempatan di sebuah restoran makanan ‘shabu shabu’ yang sedang menjalani kerja pengubahsuaian dan dipercayai akibat kebocoran gas.

Pegawai polis dan bomba mengatakan satu mayat ditemukan di lokasi kejadian, dua lagi cedera parah manakala 15 yang lain mengalami kecederaan ringan. – Bernama