BAMAKO, 15 April – Serangan roket dan letupan kereta telah menyebabkan seorang anggota pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terbunuh sementara 12 yang lain cedera dan beberapa anggota tentera Perancis turut mengalami kecederaan di kawasan lapangan terbang Timbuktu, menurut menteri keselamatan Mali kelmarin.
‘Serangan pengganas’ yang menyasarkan perkhemahan Barkhan milik Perancis termasuk tempat anggota tentera PBB di luar bahagian utara Mali petang kelmarin, menurut kementerian melalui Facebook.
Beberapa roket telah disasarkan ke arah dua kem apabila dua individu bersenjata yang menyamar sebagai anggota PBB dengan helmet biru memandu dua kenderaan yang dipenuhi dengan bom.
“Salah sebuah kenderaan meletup sementara kenderaan kedua diberhentikan,” menurut kenyataan.
Dalam kenyataan kementerian berkata jumlah terkini yang terkorban adalah salah seorang anggota PBB maut sementara 12 yang lain cedera, lima daripadanya mengalami kecederaan sendiri dan beberapa tentera Perancis juga tercedera.
“Pertempuran itu berakhir pada 6 petang. Kawasan tersebut dikawal. Situasi dalam keadaan terkawal,” tambahnya.
Sumber daripada keselamatan asing memberitahu AFP bahawa serangan itu ‘tidak pernah berlaku’ di Timbuktu.
Sementara itu, PBB telah mendedahkan jumlah yang sama bagi anggota yang terjejas.
Dalam satu kenyataan di Twitter, Misi Penstabilan Multidimensi Bersepadu PBB di Mali mengumumkan, “Seorang individu yang memakai helmet biru terbunuh dalam berbalas-balas tembakan dengan penyerang sementara beberapa orang yang lain mengalami kecederaan.” – AFP