Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    1 Maut, 3 cedera ditembak di konsert Moechella

    WASHINGTON, 20 JUN – Persembahan konsert di Washington malam kelmarin berakhir dengan insiden tembakan yang mengorban-kan nyawa seorang budak lelaki berusia 15 tahun dan mencederakan tiga orang yang lain termasuk seorang pegawai polis, kata ketua polis tempatan.

    Tembakan terjadi sebelum dua insiden lain yang menyebabkan panik pada konsert Moechella yang tidak dibenarkan, meraikan Juneteenth, dengan beberapa orang cedera ketika melarikan diri, kata ketua polis DC, Robert Contee kepada pemberita.

    Polis kemudian membubarkan konsert tersebut atas alasan keselamatan tetapi tidak lama selepas itu, meskipun dengan kehadiran polis yang ramai, satu tembakan dilepaskan berhampiran di mana budak itu terbunuh, kata Contee.

    Seorang pegawai dan dua lagi yang cedera sedang dalam pemulihan di hospital, tambahnya.

    Tiada insiden berbalas tembakan dilaporkan dan pistol yang digunakan masih belum ditemui, kata Contee.

    “Tidak jelas sama ada remaja tersebut menjadi sasaran tetapi sebelum kejadian, polis telah merampas dua laras senjata api haram berhampiran kawasan itu dan mengejar seorang lagi individu yang memiliki senjata api haram,” tambahnya.

    Sejak awal tahun ini, lebih 20,000 kes kematian telah dilaporkan akibat keganasan senjata api di Amerika Syarikat, menurut sebuah NGO yang digelar sebagai Arkib Keganasan Senjata. Kes berkenaan termasuk kematian akibat bunuh diri. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...