Thursday, April 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    1 maut 4 cedera terjatuh dari gunung

    MOUNT SHASTA, CALIFORNIA, 8 JUN — Seorang jurupandu pendaki gunung maut dan kira-kira empat lagi cedera dalam kejadian kemalangan berasingan sejak dua hari lalu ketika cuba mendaki puncak Gunung Shasta di California Utara dalam keadaan berbahaya, kata pihak berkuasa kelmarin.

    Jillian Webster, 32, dari Redmond, Oregon sedang mengetuai seorang lelaki dan seorang wanita pagi Isnin lalu apabila salah seorang pendaki tergelincir dan ketiga-tiga mereka, yang diikat bersama, jatuh dari ketinggian 1,500 hingga 2,500 kaki, kata Pejabat Syerif Daerah Siskiyou.

    Webster disahkan meninggal dunia di hospital sementara pasukan penyelamat menemui seorang lelaki dalam keadaan kritikal dengan mengalami kecederaan di kepala dan patah di bahagian kaki, menurut Pejabat Syerif.

    Sementara itu, wanita berkenaan mengalami patah pada buku lali.Kedua-dua lelaki dan wanita itu dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan lanjut, kata Pejabat Syerif.

    Pada Isnin, seorang lelaki cedera selepas terjatuh kira-kira 1,000 kaki pada 12:30 tengah hari, jurucakap Pejabat Syerif, Courtney Kreider.

    Pada jam 4 petang, seorang wanita yang merupakan sebahagian daripada tiga pendaki yang sama turut terjatuh 1,000 kaki dan dikejarkan ke hospital.

    Tiada sebarang maklumat yang diterima setakat ini mengenai keadaan mereka.

    Dua pendaki terakhir tidak menggunakan topi keledar dan kasut khas untuk mendaki ketika keadaan bersalji dan berais, kata Nick Meyers, ketua renjer pendakian di Gunung Shasta bagi Perkhidmatan Hutan AS. – AP

    Gambar menunjukkan Gunung Shasta berhampiran Weed, Calif, tempat terjadinya insiden jatuh dari gunung yang meragut satu nyawa dan mengakibatkan empat cedera. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    29 pemberontak ditembak polis

    NEW DELHI, 17 APRIL - Polis di India menembak sekurang-kurangnya 29 pemberontak Maois di Chhattisgarh kelmarin, menurut pihak berkuasa, tiga hari sebelum permulaan pilihan...