Friday, January 27, 2023
23.1 C
Brunei

-

1 maut, 5 cedera serangan hendap d Filipina

MANILA, 4 APRIL – Pemberontak sayap kiri menyerang hendap pasukan keselamatan kerajaan di wilayah Samar Utara di tengah Filipina sebelum subuh hari ini, meragut nyawa seorang pegawai polis dan mencederakan lima lagi yang lain, termasuk dua askar.

Polis kebangsaan mengatakan pasukan itu sedang menuju ke sebuah kampung apabila pemberontak Tentera Rakyat Baharu (NPA) menyerang mereka menggunakan bahan letupan improvisasi (IED).

Serangan hari ini merupakan yang kedua seumpamanya di wilayah itu setakat tahun ini.

Pemberontak juga meledakkan IED bulan lalu yang mencederakan seorang askar.

Pemberontak NPA sudah pun memerangi tentera kerajaan sejak 1969. Mereka menyasarkan serangan di kawasan pedalaman dan pertempuran skala kecil dengan tentera.

Kekuatan NPA pada masa ini dianggarkan 3,000 anggota, amat rendah berbanding masa kemuncaknya dalam 1980an. – Xinhua

Artikel sebelum iniRodrigo Chaves dahului pusingan kedua
Artikel seterusnyaRalat
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Kotak hitam pesawat Nepal dihantar ke Singapura

KATHMANDU, NEPAL, 26 JAN – Kotak hitam yang ditemui daripada insiden pesawat nahas di Nepal dihantar ke Singapura untuk analisis bagi mengenal pasti punca...
- Advertisment -