Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    1 maut, 7 cedera di sempadan Serbia, Hungary

    BELGRADE, SERBIA, 3 JULAI – Pertempuran antara dua kumpulan pendatang berdekatan dengan sempadan Serbia dan Hungary telah menyebabkan seorang maut dan tujuh lagi mengalami kecederaan kelmarin, menurut laporan yang dikeluarkan melalui siaran televisyen Serbia.

    Pendatang berkenaan terkandas di utara Serbia ketika melakukan percubaan untuk melepasi sempadan masuk ke Eropah Bersatu (EU), di mana keganasan tersebut berlaku. Mangsa yang tercedera telah dibawa ke hospital tempatan, termasuk dengan perempuan berusia 16 tahun, yang mengalami kecederaan parah, menurut laporan media Serbia yang petik daripada doktor.

    Menurut mereka, pertempuran itu berlaku menggunakan senjata api, yang terjadi di dalam hutan berdekatan dengan sempadan Hungary. Pihak polis menyekat kawasan berkenaan bagi menjalankan penyiasatan. Selain daripada itu, pertempuran tersebut juga berkaitan dengan penyeludupan pendatang dari Afghanistan dan Pakistan, yang mengambil keuntungan untuk membawa mereka melepasi sempadan, menurut laporan media, di mana laporan tersebut tidak dapat disahkan.

    Ribuan pendatang melarikan diri daripada peperangan dan kemiskinan di Afrika, Asia dan Timur Tengah sehingga mereka terkandas di Balkans, antara laluan utama yang sering digunakan untuk perjalanan ke Barat Eropah. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...