1 maut akibat Omicron di Britain

LONDON, 13 DIS – Seorang disahkan maut di Britain selepas dijangkiti varian Omicron, kata Perdana Menteri Boris Johnson hari ini, ketika negara itu melancarkan program suntikan penggalak COVID untuk menghentikan penularan virus.

Britain antara negara yang terjejas teruk krisis kesihatan sedunia sejak tahun lalu, dipercayai menjadi kerajaan yang pertama membuat pengumuman rasmi mengenai kematian dari mutasi virus itu.

Semasa lawatan ke tempat vaksinasi di barat London, Johnson berkata 40 peratus kes di bandar Britain adlaah Omicron, dan jumlah kemasukan di rumah sakit meningkat.

“Sedihnya, seorang pesakit telah disahkan mati akibat Omicron,” katanya kepada wartawan, sehari selepas amaran negara itu berdepan ‘gelombang’ jangkitan.

Kelmarin, Britain telah meningkatkan tahap amaran COVID nasional kerana meningkatnya purata jangkitan.

Johnson berkata langkah-langkah kecemasan diperlukan untuk mencegah hospital dipenuhi pada minggu-minggu seterusnya.

Semua orang dewasa sekarang boleh menerima dos ketiga vaksin COVID di penghujung Disember selepas kerajaan menetapkan tarikh akhirnya dalam satu bulan lebih awal.

Disebabkan permintaan tinggi, laman tempahan vaksinasi Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) tidak dapat diakses dan pengguna-pengguna yang meminta peralatan ‘ujian pantas’ diberitahu telah habis. – AFP

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson, mengumumkan mengenai usaha mempercepatkan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19. – AFP