1 maut pesawat langgar traktor penunda

BANGKOK, 7 FEB – Seorang pemandu traktor penunda terbunuh dan seorang petugas cedera selepas traktor itu dilanggar sebuah pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang di sini hari ini.

Insiden berlaku kira-kira pukul 8 pagi (waktu tempatan), membabitkan sebuah pesawat Nok Air dijadual berlepas ke Nakhon Si Thammarat pada jam 8:40 pagi, berlanggar dengan traktor penunda itu yang sedang menunda pesawat berkenaan ke kawasan tempat letak pesawat.

Semua penumpang dan anak kapal di dalam pesawat itu tidak mengalami kecederaan. – Bernama