1 maut puting beliung landa Montreal

MONTREAL, 22 JUN – Puting beliung yang melanda Montreal telah meragut nyawa seorang penduduk, menurut timbalan perdana menteri dan menteri keselamatan awam di Quebec, kelmarin.

“Fenomena cuaca ekstrem di Mascouche,” bandar yang beberapa dozen kilometer dari utara Montreal, Genevieve Gauilbault menulis dalam Twitternya. “Malangnya kami mengesahkan bahawa seorang lelaki terkorban. Takziah buat keluarga mangsa.

“Pasukan kerajaan telah dikerahkan untuk membantu mangsa dan memberikan sokongan kepada pihak berkuasa bandaran,” tambahnya.

Puting beliung tersebut turut mencederakan beberapa orang dan merosakkan bangunan-bangunan, menurut laporan media tempatan. – AFP

Serpihan rumah yang teruk rosak akibat puting beling yang berlaku di Montreal, baru-baru ini.- AP