Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    1 maut, rumah musnah gempa bumi di Jepun

    TOKYO, 5 MEI – Gempa bumi kuat melanda tengah Jepun hari ini meragut satu nyawa dan 21 lagi cedera, ketika penyelamat mencari yang lain terperangkap di bawah runtuhan beberapa buah rumah.

    Gempa bumi 6.5 magnitud melanda wilayah tengah Ishikawa petang tadi berlaku pada kedalaman 12 kilometer, menurut Agensi Meteorologi Jepun. Pegawai kaji cuaca memberi amaran kepada penduduk kemungkinan gegaran susulan dan tanah runtuh dalam masa beberapa hari akan datang, namun tidak ada ancaman tsunami.

    Jurucakap kerajaan,Hirokazu Matsuno memberitahu wartawan di Tokyo bahawa seorang dilaporkan mati dan terdapat laporan ‘beberapa buah bangunan runtuh.’

    Mangsa mati akibat jatuh dari tangga, kata pegawai pengurusan krisis di Suzu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...