Oleh Yusrin Junaidi
Bandar Seri Begawan, 17 Sept – Seramai 10 orang ahli pengawasan kejiranan (PK) dari STKRJ Rimba, Kampung Rimba, Kampung Sungai Matan dan Kampung Belimbing telah menghadiri taklimat berhubung kesalahan jenayah dan diselajurkan dengan lawatan ke Galeri Muzium Polis Diraja Brunei (PDB) di Ibu Pejabat Polis Gadong, pagi tadi.
Program di bawah aktiviti PK ini dianjurkan oleh Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan dengan kerjasama Unit Perhubungan Awam PDB.
Lawatan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Pusat BSB, Asp Mohd ‘Izzuddin Hanis bin Haji Mohd Salleh dan turut melibatkan 10 orang anggota balai dan lapan orang anggota Unit Perhubungan Awam Polis.
Sejurus selepas taklimat, rombongan kemudian dibawa melawat ke Galeri MuziumPolis di mana mereka mendengarkan penerangan tentang sejarah-sejarah PDB serta dapat melihat pameran seperti pakaian seragam anggota polis pada zaman lalu, pameran gambar serta barang-barang arkib.