10 angkasawan awal terkemuka AS

WASHINGTON – Sejaral awal angkasawan Amerika Syarikat semakin pudar dengan kematian John Glenn, angkasawan Mercury 7 terakhir, dan kematian Neil Armstrong pada tahun 2012, manusia pertama berjalan di bulan. Tetapi anggota yang lainnya masih hidup, dimana warga Amerika terpaku menyaksikan pelancaran kapal angkasa Saturn 7 dari berlepas hinggalah mendarat dan menatap wira-wira mereka.

Lebih separuh daripada 30 angkasawan pertama NASA yang telah dilantik telah meninggal dunia; 19 angkasawan Apollo masih bersama kita, termasuk tujuh daripada berbelasan orang yang telah berjalan di bulan. “Akan datang satu masa atau mungkin dalam satu dekad seterusnya dimana tiada angkasawan veteran yang masih hidup,” kata Pengarah Muzium Udara dan Angkasa Negara, Roger Launius.

“Apabila sejarah ini semakin hilang dan hanya sedikit yang mengenalinya, lebih banyak mitos akan terjadi,” katanya. “Majoriti umat manusia lahir sejak kita telah meninggalkan bulan jadi mereka tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.”

Berikut adalah 10 perintis angkasawan AS yang merupakan sebahagian daripada sejarah ruang angkasa:

Buzz Aldrin

Orang kedua yang berjalan di atas bulan, masih aktif dalam mempromosikan pelancongan angkasa, terutamanya ke Marikh. Angkasawan veteran berusia 86 tahun dari Apollo 11 dan Gemini 12 telah menjadi tajuk berita baru-baru ini apabila dia jatuh sakit semasa melawat Antartika untuk mengkaji keadaan yang serupa dengan Marikh. Beliau adalah seorang penduduk Florida. Beliau dikeluarkan dari sebuah hospital di New Zealand pada 9 Disember lalu.

 Gambar fail 13 Julai 2009 menunjukkan Angkasawan Buzz Aldrin ( kiri) dan Jim Lovell tiba ke sebuah acara yang ditaja oleh Louis Vuitton bagi meraikan ulang tahun ke-40 pendaratan di bulan di Museum of Natural History. – AP

Gambar yang diambil pada 22 Oktober 2014 menunjukkan angkasawan Apollo 11,  Buzz Aldrin, orang kedua untuk berjalan di Bulan, berucap di kampus Massachusetts Institute of Technology, di Cambridge, AS – AP

Gambar fail 20 Julai 2009 menunjukkan Michael Collins berada di Pejabat Oval di Rumah Putih di Washington, pada ulang tahun ke-40 misi pendaratan Apollo 11 di bulan. – AP
Gambar fail 20 Julai 2009 menunjukkan Michael Collins berada di Pejabat Oval di Rumah Putih di Washington, pada ulang tahun ke-40 misi pendaratan Apollo 11 di bulan. – AP

Michael Collins

Collins, 86, mengelilingi bulan semasa Aldrin dan Neil Armstrong berjalan di bulan dalam misi Apollo 11 pada tahun 1969, kemudian bekerja untuk Jabatan Negara Amerika Syarikat dan menjadi pengarah pertama Muzium Udara dan Angkasa Negara. Kini menetap di Florida. Collins pernah terbang pada Gemini 10, membuat beberapa penampilan awam; dalam lukisan dan penulisan buku.

James Lovell

Lovell, 88, adalah salah seorang angkasawan NASA yang terkenal, paling dikenali sebagai panglima malang dalam misi Apollo 13 yang berakhir dengan malapetaka. Pengalaman pahit mereka kemudian memberi inspirasi kepada filem popular, di mana watak Lovell dimainkan oleh Tom Hanks (Lovell sebenar membuat penampilan sebagai kapten kapal). Beliau juga terbang pada misi Gemini 7, Gemini 12 dan Apollo 8 yang mengelilingi bulan buat kali pertama. Dia tinggal di Illinois dan membuat penampilan awam, kadang-kadang bersama dengan Aldrin.

Gambar yang dikeluarkan pada Disember 1968 menunjukkan kru Apollo 8, dari kiri: komander Frank Borman, pemberi arahan modul juruterbang, James A. Lovell, Jr., dan modul perintis bulan, William A. Anders. 21 Disember 2008 menyaksikan ulang tahun ke-40 pelancaran misi Apollo 8. – AP

Gambar fail 18 Mac 2015 menunjukkan bekas angkasawan Fred Haise, berucap kepada pemberita selepas diberi penghormatan oleh Dewan Mississippi dan Senat di Jackson, AS. – AP
Gambar fail 18 Mac 2015 menunjukkan bekas angkasawan Fred Haise, berucap kepada pemberita selepas diberi penghormatan oleh Dewan Mississippi dan Senat di Jackson, AS. – AP

Fred Haise

Haise, 83, juga berlepas dalam misi Apollo 13. Beliau dijadualkan untuk memberi arahan penerbangan untuk mendarat di bulan, tetapi ia telah dibatalkan. Beliau berkhidmat sebagai juruterbang ujian bagi kapal angkasa prototaip Enterprise dan bekerja dalam industri aeroangkasa. Seperti kebanyakan yang lain dalam senarai ini, beliau adalah angkasawan Hall of Fame AS dan kini menetap di Texas.

Gene Cernan

Cernan, 82, adalah seorang lelaki terakhir yang berjalan di atas bulan sebagai komander Apollo 17 pada tahun 1972, memberi mesej keamanan ketika dia meninggalkan landskap lunar. Tinggal di Texas, beliau juga aktif dalam usaha untuk kembali ke NASA bagi angkasawan ke bulan. Dia hampir tidak terselamat selepas pengalaman mengerikan sewaktu perjalanan kedua NASA ke ruang angkasa dalam sebahagian misi Gemini 9. Cerita beliau baru-baru ini disiarkan dalam satu dokumentari bertajuk ‘The Last Man On The Moon’.

Gambar fail 12 Mei 2010 menunjukkan bekas angkasawan Gene Cernan, angkasawan terakhir berada di bulan, semasa berada  pada satu persidangan NASA di Capitol Hill, Washington. – AP
Gambar fail 12 Mei 2010 menunjukkan bekas angkasawan Gene Cernan, angkasawan terakhir berada di bulan, semasa berada pada satu persidangan NASA di Capitol Hill, Washington. – AP
Gambar fail 7 April 2006 menjukkan bekas juruterbang misi Angkasa Shuttle STS-1 Robert Crippen (kir)i, dan komander John Young berdiri di hadapan sebuah kapal angkasa sebelum sidang akhbar di Kennedy Kennedy Space Center Visitor Complex di Cape Canaveral, Florida. – AP

John Young

Young, 86, adalah orang yang pertama yang terbang di angkasa sebanyak enam kali, termasuk bertugas menguasai penerbangan kapal angkasa yang pertama pada tahun 1981. Sebelum itu beliau telah menerbangkan dua misi Gemini dan di Apollo 10 dan 16. Sebagai komander Apollo 16, dia berjalan di atas bulan. Beliau kemudiannya menjadi Ketua angkasawan NASA dan penyokong kuat keselamatan angkasawan. Dia tinggal di Texas.

Frank Borman

Borman, 88, mengetuai misi Apollo 8, penerbangan pertama manusia mengelilingi bulan. Anak-anak kapal tersebut dikenali atas penyiaran Krismas mereka di ruang angkasa, dimana Genesis dan Borman membuat ucapan “anda semua di bumi baik” – pengakhiran yang baik untuk tahun yang huru-hara 1968. Beliau sebelum ini telah menerbangkan Gemini 7. Beliau kemudiannya menjadi ketua eksekutif Eastern Air Lines yang kini tidak lagi membuat perkhidmatannya.

Harrison ‘Jack’ Schmitt

Schmitt, 81, iaitu angkasawan saintis pertama, seorang ahli geologi yang berpeluang untuk berjalan di bulan pada misi Apollo 17 dan merupakan orang terakhir seterusnya berada di bulan. Beliau kemudiannya telah dilantik sebagai senat Amerika Syarikat Senat dari New Mexico. Beliau mengajar di University of Wisconsin dan menjadi seorang saintis terkenal yang menolak pandangan arus perdana ter-hadap pemanasan global buatan manusia.

 Gambar fail 5 september 2007 menujukkan angkasawan Apollo, Harrison Schmitt (kiri) dan Charlie Duke bertemu sebelum tayangan perdana filem ‘In the Shadow of the Moon’ di Planetarium Hayden di the Museum of Natural History di New York. – AP

Gambar fail 1 Oktober 2008, menujukkan Alan Bean, orang keempat  berjalan di atas bulan, semasa majlis prebiu kerja-kerja beliau di Perpustakaan Johnson Baines Lyndon dan Muzium di Austin, Texas. – AP
Gambar fail 1 Oktober 2008, menujukkan Alan Bean, orang keempat berjalan di atas bulan, semasa majlis prebiu kerja-kerja beliau di Perpustakaan Johnson Baines Lyndon dan Muzium di Austin, Texas. – AP

Alan Bean

Bean, 84, adalah orang yang keempat untuk berjalan di bulan pada misi Apollo 12 dan kemudiannya bertukar ke bidang seni, terutamanya lukisan. Lukisan beliau sering mempunyai tema ruang angkasa. Dia tinggal di Texas.

Tom Stafford

Stafford, 86, mengetuai misi Apollo 10, penerbangan kedua mengelilingi bulan, yang didahului dengan pendaratan bulan Apollo 11. Stafford, turut menerbangkan dalam dua penerbangan Gemini, kemudian mengetuai program ujian Apollo-Soyuz, yang membuka jalan bagi kerjasama AS-Soviet. Beliau seorang penduduk Florida, dia juga berada dalam pengurusan NASA dan sering dirujuk sebagai pakar luar untuk agensi angkasa selepas beliau bersara. – AP