Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 askar India terkorban dalam runtuhan di Kashmir

    SRINAGAR, India, 26 Jan – Seramai 10 askar India telah terbunuh di Kashmir apabila runtuhan melanda pos kawalan tentera dan peronda di sepanjang sempadan de facto yang memisahkan wilayah bertikai dengan Pakistan, kata pihak tentera hari ini.

    Runtuhan berasingan itu telah menguburkan askar-askar di bawah bertan-tan salji di Garisan Kawalan (LoC) di kawasan terpencil Gurez kelmarin, menurut jurucakap tentera kepada AFP.

    Sekitar tujuh askar yang sedang meronda, mendekati pos kawalan apabila ia melanda, terkorban.

    Runtuhan itu telah menghempap ke pos kawalan tentera mengakibatkan tiga askar maut, namun tujuh yang lain berjaya diselamatkan.

    Pencarian askar yang hilang masih diteruskan, kata Kolonel Rajesh Kalia.

    Askar separa tentera India berlindung daripada salji di dalam sebuah khemah ketika mereka mengawal menjelang Hari Republik di Srinagar, Kashmir yang dikawal India, pada 25 Januari. Empat anggota keluarga dan seorang askar India terbunuh kelmarin apabila mereka terkubur dalam dua kejadian runtuhan di rantau Kashmir. – AP
    Askar separa tentera India berlindung daripada salji di dalam sebuah khemah ketika mereka mengawal menjelang Hari Republik di Srinagar, Kashmir yang dikawal India, pada 25 Januari. Empat anggota keluarga dan seorang askar India terbunuh kelmarin apabila mereka terkubur dalam dua kejadian runtuhan di rantau Kashmir. – AP

    “Dengan penemuan empat mayat lagi askar dari perondaan tersebut membawa jumlah korban runtuhan terkini kepada 10 orang,” katanya selepas tiga mayat ditemui kelmarin.

    Puluhan askar India dan Pakistan telah terbunuh oleh runtuhan hampir setiap musim sejuk di sepanjang LoC.

    Kashmir yang ditadbir India telah menyaksikan salah satu cuaca musim sejuk paling teruk dalam masa beberapa dekad kebelakangan, dengan salji lebat di seluruh wilayah dan suhu jatuh ke paras tujuh darjah Celsius.

    Empat anggota keluarga juga maut kelmarin di kawasan yang sama apabila rumah tempat mereka tidur juga dilanda runtuhan, bagaimanapun seorang mangsa telah diselamatkan.

    Seorang askar juga terkorban di utara wilayah itu apabila kem dilanda oleh runtuhan.

    Meteorologi telah meramalkan salji lebat di seluruh rantau selama dua akan datang. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda