Thursday, October 5, 2023
23.8 C
Brunei

    -

    10 bangunan bersejarah roboh

    SANAA, YAMAN, 12 OGOS – Hujan lebat yang melanda ibu negara Yaman, Sanaa baru-baru ini telah merobohkan 10 bangunan di Bandar Lama itu.

    Sekurang-kurangnya 80 bangunan lain turut rosak dalam hujan dan memerlukan kerja-kerja pembaikan, kata pemberontak Huthi, yang telah mengawal Sanaa sejak meletusnya perang saudara di Yaman lebih daripada lapan tahun lalu.

    Bandar Lama Sanaa adalah tapak Warisan Dunia UNESCO, dan kawasan itu dipercayai telah dihuni selama lebih dua milenium.

    Seni binanya adalah unik, dengan tapak dan tingkat pertama dibina daripada batu, dan tingkat seterusnya daripada bata – dianggap antara bangunan pencakar langit pertama di dunia. – AP

    Penduduk Yaman memeriksa bangunan yang runtuh akibat hujan lebat di bandar lama Sanaa, Yaman pada 10 Ogos 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kanada tegaskan perlu ‘kehadiran diplomatik kuat’ di India

    NEW DELHI, 4 OKT - Kanada kelmarin menegaskan keperluan untuk mempunyai kehadiran diplomatik yang kukuh di India selepas muncul laporan bahawa kerajaan India mahu...