10 cedera kejadian tembakan di disko

ROM, 21 JULAI – Seramai 10 individu cedera ringan selepas seorang lelaki mula melepaskan tembakan di sebuah disko berhadapan pantai dekat selatan Itali hari ini.

Polis kemudiannya berjaya memberkas suspek yang melepaskan tembakan semasa pergaduhan yang berlaku kira-kira jam 2 pagi di sebuah kelab malam terkemuka dekat Taranto.

Ketika kejadian, kira-kira 300 pelajar kolej berada dalam kelab itu.

Tembakan mengenai sekitar bahagian kaki mangsa, menurut media tempatan.

Bagaimanapun, tiada dalam kalangan individu yang tercedera berada dalam keadaan kritikal. – AFP