10 diculik luar pulau Borneo

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 18 JUN – Geng Filipina yang menculik untuk wang tebusan telah menyerbu dua bot nelayan dan menculik 10 anggota kru hari ini di perairan luar pulau Borneo, kata pegawai dan pemerhati maritim Malaysia.

Biro Maritim Antarabangsa yang berpangkalan di Kuala Lumpur berkata bot-bot nelayan, yang membawa lebih puluhan kru, telah didekati oleh dua bot berhampiran sempadan Filipina.

Ia berkata lanun-lanun itu menaiki bot-bot nelayan, merampas dokumen dan menculik 10 anggota kru sebelum berlayar ke arah Pulau Sitangkai di Filipina. – AP