PARIS, 1 JULAI – Seorang suspek didakwa di sebuah mahkamah di Paris dan sembilan lagi bakal berdepan sabitan undang-undang yang mengakibatkan kematian 27 migran di Selat Inggeris pada November lalu.
Polis Perancis berjaya menahan 13 lelaki dan dua wanita susulan insiden yang disifatkan agensi migrasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai satu bencana paling buruk dalam sejarah yang berlaku di selat itu, lapor agensi Anadolu memetik media tempatan La Voix Du Nord.
Suspek berusia antara 18 hingga 41 tahun, kebanyakan warga Afghanistan, manakala tiga, termasuk dua wanita, merupakan warga Perancis.
Daripada 15 suspek, seorang telah didakwa, lima dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan dan sembilan lagi akan dihadapkan ke mahkamah. – Bernama