Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    10 ingkar Operasi Peralihan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar Kementerian Kesihatan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 DIS – Sebanyak 10 pelanggaran arahan telah dikeluarkan denda kompaun di seluruh negara semasa Operasi Peralihan yang dijalankan dari jam 10 malam semalam hingga 4 pagi tadi.

    Di antara pelanggaran tersebut, tujuh daripadanya adalah pelanggaran arahan untuk berada di rumah.

    Perkara tersebut diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji

    Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa sidang media harian di Kementerian Kesihatan hari ini.

    Sementara itu, dua kesalahan adalah disebabkan tidak mempunyai aplikasi BruHealth dan satu lagi disebabkan tidak memakai pelitup muka. Yang Berhormat Menteri Kesihatan juga menasihatkan agar orang ramai sentiasa mematuhi semua garis panduan yang telah dikeluarkan semasa Fasa Endemik ini bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua. 

    “Semoga segala usaha yang telah dilaksanakan akan mendapat rahmat dari Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Alamin,” tambah Yang Berhormat Menteri Kesihatan sebelum mengakhiri sidang media tersebut.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda