Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    10 juta burung bawa penyakit flu dihapuskan

    PARIS, 23 MAC – Kira-kira 10 juta itik, ayam dan burung lain telah dimusnahkan di Perancis sejak November dalam salah satu wabak selesema burung paling besar dalam beberapa tahun, kata kementerian pertanian hari ini.

    Negara itu telah dilanda beberapa wabak sejak 2015 tetapi kebanyakannya telah dikawal di barat daya di mana itik diternak untuk industri pati hati foie gras yang menguntungkan.

    Tetapi musim sejuk ini telah menyaksikan virus itu merebak lebih jauh ke utara di sepanjang pantai Atlantik barat ke wilayah Pays de la Loire, merebak dengan pantas di antara ladang di jabatan Vendee, Loire-Atlantique dan Maine-et-Loire sejak akhir Februari.

    Hampir 1,000 tapak telah melaporkan kes sama, termasuk sekurang-kurangnya 450 di Vendee, dianggap strategik oleh kementerian kerana ia adalah rumah kepada banyak ladang yang menternak ayam dan burung lain secara eksklusif untuk pembiakan. Bagaimanapun keadaan kelihatan ‘stabil’ di barat daya, kata kementerian itu.

    Langkah kuarantin telah diambil terhadap virus itu dan petani diberi pampasan oleh kerajaan untuk kerugian yang boleh mencecah jutaan euro.

    Virus H5N1 telah dikesan di 34 negara Eropah pada musim sejuk ini, dengan utara Itali terjejas teruk, menyebabkan pihak berkuasa memusnahkan 18 juta burung setakat ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...