Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Feb – Sepuluh orang kanak-kanak bakal mengetengahkan bakat nyanyian masing-masing pada Pertandingan Bintang Kecil ke-40 Peringkat Akhir yang akan diadakan pada 18 Februari ini.
Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah di alu-alukan untuk hadir ke Dewan Raya, Ibu Pejabat Radio Televisyen Brunei (RTB) di ibu negara bermula pukul 1.30 petang untuk menyaksikan pertandingan berkenaan. Pertandingan juga akan disiarkan secara langsung menerusi Rangkaian Nasional dan RTB Aneka serta RTB Sukmaindera.
Sempena dengan pertandingan itu, persembahan juara-juara Bintang Kecil musim lalu antaranya juara tahun 1978, Roslany Adnan dan juara tahun 2009, Aziz Harun akan memeriahkan lagi suasana pertandingan tersebut.
Pertandingan Bintang Kecil ini mula diperkenalkan pada tahun 1978 oleh Perkhidmatan Radio, RTB.