10 keluarga terima sumbangan

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat untuk tahun 2021, Bank of China cawangan Brunei telah mengadakan sumbangan derma sempena Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini.

Hadir untuk menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan asasi harian kepada 10 keluarga kurang berkemampuan di Brunei adalah Pengurus Besar bank, Wang Xiaolin. Turut hadir adalah pegawai-pegawai dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Kenyataan yang diterima mengatakan sejak dibuka pada 2016, Bank of China cawangan Brunei sentiasa memainkan peranan aktif dalam menyokong pembangunan kebajikan awam Brunei. Ia juga giat menjalankan aktiviti-aktiviti amal sebagai sebahagian daripada pembangunan strategik bank berkenaan.

Wang Xiaolin bergambar ramai bersama para pegawai JAPEM dan keluarga yang menerima sumbangan baru-baru ini. – Gambar serahan Bank of China