10 lagi pelanggan KBSentral menang hadiah

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 24 FEB – Pusat Membeli-belah KBSentral, kelmarin, telah mengadakan majlis cabutan bagi kempen ‘Bah Menang’ untuk bulan Februari yang menyaksikan 10 pelanggan bertuah membawa pulang pelbagai hadiah menarik.

Seramai 300 orang pelanggan telah disenarai pendekkan untuk menyertai cabutan bulanan berkenaan yang berlangsung di atrium pusat membeli-belah tersebut.

Hadiah utama berupa Air Cooler telah dimenangi oleh Kok Wei Chung manakala itu, Dayang Robiah binti Haji Basir memenangi hadiah kedua berupa Electric Morphy Richard Kettle dan di tempat ketiga, Gerald Sim membawa pulang Midea Induction Cooker.

Di tempat keempat Awang Muhammad Haikal Hussain membawa pulang Matrix Rice Cooker 1.8L diikuti oleh Putri Rospatiningsih di tempat kelima dengan menerima Narutron Blender NBL 300, Andri Nidodu di tempat keenam menerima Narutron Gas Stove, pemenang ketujuh, Dayang Norasidah Ontong menerima baucar membeli-belah daripada Jaya Hypermart.

Sementara itu, Dayang Rosni Mahali di tempat kelapan memenangi baucar Chop Fok Lee Lai, Liew Tho Chin di tempat kesembilan menerima Electronic Iron dan Awang Mohammad Hardy bin Haji Mohammad Adi menerima baucar Times Cineplex.

Majlis cabutan juga disusuli dengan penyampaian hadiah kepada 25 orang kanak-kanak bagi pertandingan mewarna Hari Kebangsaan yang turut diadakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-36.

Pertandingan dibukakan kepada dua kategori iaitu Kategori A bagi kanak-kanak berusia enam hingga 10 tahun dan Kategori B bagi usia 11 hingga 15 tahun.

Kategori A telah dijuarai oleh Dayang Nur Ameera As-Syifa diikuti oleh Vienna di tempat kedua dan Shahren Raza di tempat ketiga. Manakala itu, Naheeb Raza menjuarai Kategori B dengan tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Dayang Nur Fatihah dan Dhiya Adrianna.

Gambar ramai para pemenang cabutan bertuah KBSentral bagi bulan Februari. – Gambar serahan KBSentral